Wednesday, February 07, 2018

I'm Pregnant

I'm pregnant | Assalamualaikum semua :). Apa khabaq? Sihat? Ya Allah lama rasanya tak update entri kat blog ni. Last kisah cekodok milo yang hitam manis pandang tak jemu tu 😅. Sebenarnya tak pernah terlintas pun nak share tentang kisah kehamilan aku kat sini tapi mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak dapat membantu para wanita dan isteri serta bakal ibu dekat luar sana yang mungkin senasib atau tiba-tiba jadi senasib dengan aku mungkin buat sementara ataupun sakit itu akan kekal sampai korang melahirkan. Kenapa ayat aku tiba-tiba? Sebab bila pregnant, tup-tup korang cek korang ada kencing manis lepastu tinggi pula. Aku bukan mendoakan cuma ini pengalaman aku dan akak-akak yang dah banyak makan garam gula dulu dari aku.

Wednesday, September 20, 2017

Cekodok Milo


Assalamualaikum semua. Lepas je aku dok keletang keletung kat dapur siapkan Cendawan Sos Tiram Sempoi untuk bekal suami. Siapkan sarapan pula untuk dia. Harini memang semua makanan as simple as ABC la aku rasa. Aku panggil cekodok milo. Mungkin ada yang panggil cucur. Macam iras-iras cekodok pisang bila sekali pandang dua kali tiga kali pun still boleh ingat cekodok pisang sebab warna dia malap 😝. Memang harini masakan aku semuanya gelap ke macam mana?

Cendawan Masak Sos Tiram Sempoi

Assalamualaikum dan hai..
hai korang..
sihat?
Masak apa hari ni?
Aku macam biasalah sebelum tidur dah google resepi 
nak masak apa pagi besok untuk bekal suami lunch.
Disebabkan kemalasan melanda 😔
Makanya resepi lah jadi pilihan lagi pun memang nak habiskan stok cendawan dalam peti ais tu pun.



Resepi ni sesuai sangat untuk korang yang nak cepat dan ringkas.
Bahan-bahan yang memang mudah dan tak banyak.
Sikit je aku guna.