Sunday, August 11, 2013

Cara melembutkan tapak kaki #Cara Yaya


Assalamualaikum semua..
tumit merekah??
pastinya ramai kan yang menghadapi masalah sebegini..termasuklah Yaya sekali tapi tak la teruk sangat..baru kasar-kasar je..garisnya pun tak jelas..
al-kisah Yaya tengok la tapak kaki Yaya then bandingkan dengan kakak, Yaya menang..padahal Yay lagi kasar perlakuannya dari kakak..
mungkin kasar atau lembut bukan sebab utama tumit merekah..
tapi bila tengok tapak kaki mak yang dah 20 tahun jaga Yaya..fuuuyyooo!!!
lembut la tapak kaki mak.
okay jom kita cari punca kenapa tapak kaki/ tumit merekah..

Antara penyebab tumit kaki merekah ialah

a) Kulit kaki yang kering

b) Berdiri terlalu lama

c) Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)

d) Memakai sandal

e) Menghidapi Penyakit Kulit

Terdapat banyak cara utnuk kita melembutkan balik tapak kaki dan tumit kita yang agak keras kematu tu..hehe..korang boleh la godek kat google..
tapi ni cara Yaya dan Yaya tengok berkesan..thanks mak for your advise..hehe..
cara-caranya ialah..jeng jeng jeng..
macam sebab (c) dekat atas, "berdiri terlalu lama"..kalau dirumah tu rajin-rajinkan lah pakai selipar..atau lebih familiar dipanggil "selipar jamban"..teruk beno bunyinya la..panggil selipar je la kan..
tapi bukan pakai selipar yang kotor dari luar tu tau..ni khas untuk dalam rumah je..
beli la sorang satu..tak mahal pun, Yaya beli 2 hengget je kat kedai RM 2..hehe..memey la 2 hengget harganya kan..
lepas tu rajin-rajinkan pula letak lotion..
tak kisah la lotion jenama apa kan yang pastinya banyak lotion dipasaran yang sesuai dan baik untuk kulit..terpulang pada korang nak pilih yang mana satu..
lepas dua tiga hari mengamalkan cara sebegini..
memang ada perubahan..tapak kaki dah tak kotor..merah-merah je..(awesome)
then makin lembut..Alhamdulillah..kalau tak usaha tak tahu kan??
untuk korang pun boleh la cuba cara Yaya ni ye ^_^
tak perlu la nak buat treatment2 ni bagai..

Saturday, May 25, 2013

Done with interview... yes!!

 
snap pict in the car otw to uitm
As we all know, today is the day!! ^_^ yippi!!
the question is :
adakah Yaya dah sedia untuk ditemuduga??
ofcourse la nervous right? haha..
Yaya ni memang la nampak je cool kat luar, kat dalam hati sapa tahu?
dup dap dup dap tang tung tang tung bergegar jantung ni bagai nak jatuh..
kitorang gerak pkol 7 lepas siap2 semua benda..
then singgah breakfast dekat kapar..
sempat snap lepas makan tadi sementara tunggu my babah..
tak tahu pakcik2 indian kat belakang tu cakap hape..
then kitorang pun meneruskan perjalanan..
takut gak tak sempat..
nasib baik..
tepat 8.30 pagi kami telah pun berada dihadapan fakulti akademi pengajian bahasa..
ramai wow orang nak tunggu temuduga..
tapi hari ni yang amik bahasa arab pun join sekali..
sebab tu ramai..
datang2 Yaya tegur sorang gurl ni.. kedah mari..
Yaya tanya nak daftar ke kan..
dia soh cek nama..
dalam hati berkata, "mesti nama aku first sekali"
tengok2 tepat tekaan Yaya..
dah selalu mcm ni sebab nama huruf "a" ADILAH BINTI MOHD ASARI
simple kan nama..?? (perasan je)
then kami pun kene la beratur ikut panel..
masa tengah beratur sembang lagi..
kedah mari jugak..
ramai gak dari kedah kan..
lepas tu kene panggil dorang nak cek sijil2 dulu sebelum kami masuk bilik interview..
interview sekali 3, kurang la gemuruh tu kan..
tengah cek2, seangkatan Yaya ni gurl n boy..
yang gurl ni ganu kita..hehe..
then yang boy dari johor..
memang la jauh2 mereka ni mai..
walaupapepun all the best tok korang semua ok..
nak tahu apa yang dorg interview??
meke soh cerita biodata kita dan apa hobi kita in english..
ada la sikit2 soalan biasa je dorang tanya..
soalan simple je korang..
tak perlu nak pening2 baca2..
hanya perlu ada pengatahuan am sudah cukup..
sebenarnya nak tengok keyakinan kita je kan..
tak lama pun interview tu tak sampai 10 minit..
then kami bertiga pun keluar dan balik..
pagi lagi kan, tengok jakel tah bukak ke belum..
sempat la beli kain lagi..hehe..
kami pun meneruskan pejalanan ke pantai remis, ingatkan nak jumpa mak tam yang niaga kat situ, rupanya maktam ada order..dorg kat umah kenduri..
jadi kami pun sekejap je la..
then perjalanan harus diteruskan sampai ke bukit malawati..
korang tahu tak bukit malawati ni tempat apa?
nak tahu tak??
buat apa kami ke situ?
apa lagi p cari restoran la nak lunch..
ternampak pulak kereta myvi turquoise flat "BKK"
kelak besar kami..hahahahaha..kantoi kakak lepak sini..
bawak aina jalan2 la katakan..
maklumlah aina 2 minggu kene tinggal ngan mak dia sebab outstation kat ganu..
sempat culik budak montel ni bawak balik..
nasib baik dia tak cari ibu dia..

dengan selamba dia pun berkata "mak cik aina nak tangkap gambar"..
terus buat muka..

ngeee.."makcik tengok gigi aina rosak :( "
pandai anak buah Yaya mengadu.

tengok tu..
punya semangat makan ais krim mini sundey..
makcik mintak sikit aina bagi seciput je..lepas tu aina cakap "makcik makan sikit je taw"
haha..ye la aina..

begitulah cerita Yaya hari ini :)
tata u all

Saturday, February 16, 2013

solat sunat rawatib

Assalamualaikum..
sepetang-sepetang selamat petang ^__^ ( apa bahasa yang yaya gune nih?)
huhu..ok lah sayang-sayang semua..
petang-petang nih yaya nak kongsi..ops bukan kongsi..mungkin kongsi bg yang tidak tahu lagi..
cume yaya nak mengingatkan kembali ntuk kita semua..
maklumlah kita ini hanyalah mahluk yang lemah dan banyak kekurangan dan kadang-kadang mudah benar lupa..
jadi!!! biar yaya ingatkan u all balik k seterusnya ia akan menjadi ingatan kepada yaya jugak..
ingat tak mase sekolah rendah dulu mase darjah 5 & 6 kita dah diajar tentang solat-solat sunat yang menambahkan lagi amalan kita apabila kita melakukannya..
jadi petang ni yaya nak celoteh pasal solat sunat rawatib ataupun orang suka ckp solat sunat fardhu tak pun solat sunat jeh..

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

mudah kan kawan-kawan untuk menambahkan pahala amalan kita..
marilah kita bersama-sama meringankan apa yang berat bg menambahkan amalan untuk akhirat kelak..
semoga apa yang kita kerjakan diterima oleh Allah Taala. Amin..
ingat ye... niat kene ikhlas tau..
kalau u all nak tahu lebih detail jom singgah solat-solat sunat